Ayah dan ibu terpaksa bawa Najla ke Terengganu ahad lepas.
Kawan satu kolej di Guangzhou telah mengundang ke majlis kendurinya.
Inilah kali pertama Najla berjalan jauh.
Entah berapa kali Najla buang air besar.
Agaknya perut Najla hendak dicuci supaya kembung perut pun hilang.
Perjalanan ke sana pun memang bersimpang siur terutamanya di Karak.
Alhamdulillah Najla tak muntah.
Najla bagus tak banyak ragam.
Ibu bersihkan Najla guna air paip biasa pun Najla tak bising.
Sudahlah iklim dingin kerana hujan.
Tapi apa kan daya tiada air panas.
Kata Ummi, insyaAllah Najla akan cepat matang jika hadapi situasi begini.
Moga-moga begitulah hendaknya.
4 Disember 2010
Diari Permata Hati
Thursday, December 9, 2010
Monday, November 1, 2010
Blog ini diciptakan untukmu
Anakku,
Hari ini genaplah kamu berusia 7 hari.
Menurut Islam, disunatkan anak diberi nama pada waktu ini.
Maka, ayah dan ibu telah bersetuju untuk memilih nama ini untukmu sayang.
Sahal Najla, itulah nama yang kami inginkan.
Dan pada hari ini jugalah ayah bina blog ini untukmu.
Di sini ayah dan ibu akan coretkan bingkisan hidup bersamamu.
Apabila Najla nanti sudah pandai kendalikan blog ini sendiri, kami akan serahkan kepadamu anak.
Pada waktu itu, berikanlah sedikit masa untuk dirimu membaca semula coretan ibu dan ayah yang terdahulu.
Di situ nanti, Najla akan kenal siapa dirimu suatu ketika dahulu.
Dan Najla juga akan kenal bagaimana sifat dan sikap ayah dan ibu selama mendidikmu wahai puteri yang kami sayangi.
Sekian saja daripada ayah. Nantikan warkah-warkah baru kelak.
Daripada Ayahmu
Kamar ibu di TPJ
1.11.2010

Subscribe to:
Comments (Atom)